Sunday, July 26, 2009

Kenapa Maggis?

Tahukah anda bahawa Raja buah-buahan ialah Durian? Saya garentee semua orang tahu fakta ini tetapi tahukah anda bahawa Manggis ialah permaisuri segala buah-buahan yang ada? Ye memang betul fakta yang ingin saya kongsikan bersama ini.

Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis , manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.




Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.
Baiklah, itu adalah artikel yang dipetik dari wikipedia. Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry.

Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.


Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada padanya berbanding buah-buah yang lain.


Jadi, nampak tak kandungan yang paling tertinggi. Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal the goodness of other fruits, tak sangka our local fruit is the champion of all fruits.

No comments:

Post a Comment